Monday, June 27, 2016

Janji di Pahang



Bismillahirrahmanirrohim.Alhamdulillah.Allahumma solli alaa muhammad wa alaa aali muhammad.

Di saat aku mengelamun panjang di kala malam bulan Ramadhan,terdetik di hatiku untuk membaca kalamullah.Tanpa disedari,memoriku mengimbau kembali rentetan peristiwa dan memori selama diri ini berkelana di bumi Pahang selama dua tahun untuk menuntut ilmu.Wajah Cikgu Mat Sabri terpancar dalam benak fikiranku setiap kali nama negeri Pahang disebut kerana telah aku anggap beliau sebagai ayah keduaku.Aku sangat merinduinya.

Orangnya sederhana tinggi,bertubuh tegak,rambut tersisir rapi,langkahnya laju dan yang paling penting tak lekang dari senyuman.Para pelajar baik yang nakal atau yang kecil dan besar sangat menyayangi dan menghormati beliau kerana sikapnya yang suka membantu orang yang memerlukan.Daripada beliaulah aku belajar erti menjadi seorang muslim yang bermanfaat kepada orang lain.

Aku teringat janji di Pahang.Janji tiga sahabat yang berjanji kerana Allah untuk menghafaz kalamullah yang Maha Mulia itu.Janji itu terbina kerana ukhuwah yang dibina ikhlas kerana Allah.Alhamdulillah,kami bertiga terpilih untuk memasuki Darul Quran(pusat hafazan Al-Quran di Selangor) yang didam-idamkan selama ini.Kegembiraan yang terbit di waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Namun,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatku.Hasratku untuk merealisasikan impian yang dibina itu tidak kesampaian atas sebab-sebab yang tertentu.Aku redha dengan takdir Ilahi dan percaya pasti ada hikmah disebaliknya.

Kedua-dua sahabatku itu telah berjaya menghafaz Al-Quran setelah berhempas pulas selama setahun setengah di Darul Quran.Aku pula mengalami kesulitan untuk menghafal Al-Quran kerana semangatku telah luntur ditelan masa dan diulit rasa sedih kerana hasratku tidak tercapai.

Namun,setelah memasuki Universiti Sains Islam Malaysia(USIM),semangatku yang hilang dibawa arus deras mulai tumbuh semula.Hatiku membara untuk menghafaz kembali.Di fakulti perubatan,aku dikelilingi rakan-rakan dari sekolah agama dan kebanyakan daripada mereka pula adalah hafiz dan hafizah.Aku begitu kagum dan menghormati mereka kerana di kaca mataku mereka semua bagaikan Al-Quran yang berjalan di alam ini.

Aku sangat selesa dan suka apabila teman-temanku yang bergelar hafiz menjadi imam ketika kami solat berjemaah.Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan suara mereka juga teramat merdu apabila hendak dibandingkan dengan suaraku yang sama seperti katak memanggil hujan.Walaupun mereka bergelar hafiz,namun mereka sangat tawadhuk dan merendah diri.Inilah keunikan USIM.Tiada di tempat lain.Hanya  di USIM.

Di fakulti perubatan,seminggu sekali kami akan menghadiri kelas hafazan Al-Quran.Di sini,aku dapat melihat ramai teman-temanku yang laju hafalannya.Aku malu untuk bersama mereka tetapi di sudit kecil hatiku,aku amat berbangga mempunyai kawan-kawan yang bergelar Al-Hafiz.Mereka ibarat permata dari lautan dalam yang wajar digilap setiap hari.

Terkadang aku juga berasa malu dan kerdil di hadapan mereka kerana memikirkan ganjaran-ganjaran yang bakal Allah kurniakan buat para penghafal Al-Quran.Aku ini siapa?Sudahlah amalan soleh pun tiada bahkan setiap hari bergelumang dengan dosa.Aku juga mahu tergolong dalam golongan seperti mereka itu.

Sungguh banyak ganjaran dan kelebihan yang bakal diterima dan dinikmati oleh para penghafaz Al-Quran.Antaranya Allah akan memelihara jasad mereka daripada dimamah bumi,dapat memberi syaafaat kepada 10 ahli keluarga yang wajib masuk neraka dan Al-Quran bakal menjadi penolong mereka di akhirat kelak serta lain-lain lagi.Nabi Muhammad sollalahu alaihi wasallam dan para Sahabatnya juga turut menghafal Al-Quran.

Tetapi,bukan mudah untuk memperoleh ganjaran tersebut.Al-Quran bukan sekadar dihafal di mulut sahaja dan dibiarkan mereput di dalam kotak memori serta hilang dimamah usia.Al-Quran itu perlu diulang,ditadabbur,diamalkan dan seterusnya dizohirkan di dalam kehidupan seharian.Aku begitu takjub dengan Rasulullah sollalahu alaihi wasallam kerana Al-Quran adalah akhlak Baginda.Begitu juga generasi Sahabat dan para salafus soleh,mereka begitu mengagungkan Al-Quran.

Saudaraku sekalian,perlu diingat menghafal Al-Quran itu perlulah ikhlas kerana Allah.Tiada qasad selain kerana Ilahi.Bukan kerana mahu mendapatkan dan menggapai habuan duniawi semata-mata.Bukan juga mahu dijadikan imam di surau-surau,lesen atau tiket bagi memetik mawar berduri atau mendapat gelaran Al-Hafiz di belakang nama.

Tetapi tanggungjawab kalian menjaga hafalan,menghayatinya,mengamalkannya dan menterjemahkan Al-Quran itu ke dalam kehidupan seharian.Menghafal itu mudah tetapi mahu memelihara Al-Quran itu teramatlah payah.

Sahabatku Arif Solihin pernah berpesan kepadaku,apabila ditanya orang kepada kita adakah kita ini hafiz atau hafizah,maka jawablah :

"Saya bukan hafiz atau hafizah,cuma saya pernah menghafal Al-Quran".

Sahabatku mengatakan kepadaku bahawa gelaran Al-Hafiz itu hanya layak dimiliki orang yang betul-betul memelihara Al-Quran.Jiwaku tersentap dengan kata-katanya itu.Memang benar katanya itu kerana berapa ramai manusia pada zaman ini yang menghafal Al-Quran,tetapi sedikit sekali bilangan mereka yang betul-betul menjaga Al-Quran di dada mereka.Berdosa bagi mereka yang tidak menjaga hafalan Al-Quran dan dosanya sangatlah besar.

Saudaraku,jangan kalian bergembira bahawa Al-Quran itu boleh menjadi pembelamu bahkan Al-Quran jugalah yang akan menjadi pendakwamu di hari pembalasan kelak.Jangan begitu selesa dibuai mimpi yang lena di atas dunia yang fana ini.

Janganlah kalian menjadi orang yang disanjung di dunia kerana Al-Quran,tetapi di hari penghisaban kelak kalian dihumban oleh Allah ke dalam neraka kerana Al-Quran.Hal ini kerana mereka berbangga dengan Al-Quran yang mereka miliki dari segi tinggi ilmunya,sedap,merdu dan lunak suaranya ketika mengalunkan Al-Quran dan perbuatan ini mereka lakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk dan mendapat pujian dari manusia.

Sedikit pun tiada sifat ikhlas dan bertujuan untuk dipersembahkan kepada Allah Tuhan semesta alam.Maka dengan sebab inilah mereka dicampakkan ke dalam neraka Allah yang tidak terhingga pedih dan dahsyat azabnya.Takutlah kamu akan Allah kerana sebaik-baik bekal adalah taqwa.

Di kala menempuh ranjau-ranjau kehidupan di dunia yang sementara ini,berpegang teguhlah kalian dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.Nescaya kamu akan dibimbing oleh Allah ke jalan yang lurus kerana pada akhir zaman ini terlalu banyak fitnah yang mendatang.

Jadi,marilah sama-sama kita mencintai,menghayati dan mengamalkan Al-Quran.Jadikanlah Al-Quran sebagai teman dan sahabat karibmu.Aku berlindung kepada Allah di sepanjang penulisan ini daripada sifat riya',ujub dan takabbur.

Aku berpesan bukan kerana terlebih baik dari kamu semua tetapi ia sebagai peringatan juga buat diriku ini.Semoga Allah memberkati kita dan mengurniakan peluang untuk mengecap nikmat syurgaNya.Aamiiin.











Saturday, June 25, 2016

Penapis Santan


Bismillah.Alhamdulillah.Allahumma solli ala muhammad wa ala aali muhammad.

It's been a long time since my last entry.At that time,I'm very passionate in writing but without any cristal clear intention,and it stops abruptly.Now,I've changed my mind and would like to write what is really being my interest.It's time for me to be matured and see the world in different perspective and live in reality.

Albeit I'm not an ustaz,I hope through my writing it can be a new platform for me to spread the words of Allah and continue my beloved Prophet Muhammad's(sollahu alaihi wasallam) teaching and akhlaq.I also would like to point out my point of view about the current issues in our ummah especially in Malaysia and also some international issues.

My writing style might change a bit but it comes from the bottom of my heart.I hope that Allah will be pleased with this scrutiny effort to uphold Islam.





The age of 20 has change me a lot in many aspects especially in my way of thinking.Recently,I had read a book that teach me to "filter"(tapis in Malay) all the information,news,rumours or issues that came out from the mass media.After I read that book,I realise that most of us,including me loves to critic,bashing and demonise other people in social media as soon as rumours spread.

In Islam, we have to tabayyun (CLICK HERE) first whenever we hear something or news. First, we must check it whether it is true or not. Second, we must be responsible for the things that we share or spread. Third, do not share it if we're not sure about it.




When we hear or know about something,"filter".Then,store that thing in your mind.You have to remember that it is good to know everything,but you have to "filter" what will come out from your mouth and also our "modern mouth" = "fingers" .

"Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa"

"Buang yang keruh,ambil yang jernih."

Brothers and sisters,

From my experience,we tend and love to use that little "SHARE" button without "filtering" it first or get a conformation about the issue.We let our "unstable emotion" and also "whisper of the devils" to take control of our action by writing harsh,impolite,rude and discourteous words in social media like Facebook.
I have seen numerous of  comments on social media that do not reflect the attitude of a Muslim should portray.The comments sometimes dont have any connection at all with the issues.The comment space has been a place where people mock and harrass others with unsuitable words like "lahanat","sial","b**i" and many more.The worst of it is some of the commenters also mock the family of the one that is associated with the rumour.Nauuzubillahi min zalik.Nowadays,the comment space has a been place for people to enjoy "mocking" others and release their inner "beast".





I would like to give  some advices to my beloved brothers and sisters,so that to reflect our fault and sins together,and seek Allah's forgiveness for what we have done in the past."Better late than never".


Firstly,we have to make sure that the widespread rumours are true or not,before sharing or commenting on them.Islam has already teach us that if you dont know about something,find and ask the person who knows about it and have a qualification to give statement about the matter.Being a keyboard warrior does not solve the matter,but brings catastrophe to the community.

For example,the issue of labelling other Muslims as "Wahabi","Kafir","not Sunni"(bukan ahli sunnah wal jamaah) and "Syiah",is very popular in social media.I do not want to mention it,but you as a
reader maybe knows better than me right.


Secondly,the simplest and safest way is by being silent.It is better for you to say good things and if you dont have something to say, silent.If you say good things,you will get reward from Allah and if you stay silent,you'll be harmless to others.


One thing that we must amulate from the Sahabah and Salafus Soleh,dont be "SHY" and "ARROGANT" to sincerely say : "I DONT KNOW",if you really dont know about something.







Last but not least,if there any mistake in my writing,I would like to apologise and hope that you would correct me.





Even though my voice is not heard by the community, at least Allah knows my effort.

Thank you.




Saturday, August 29, 2015

Sebahagian Dari Kejayaanku Adalah Mereka



Assalamualaikum




Aku tulis ni saje nak abadikan kenangan and rase berterima kasih aku kat family..mane tau bile aku da brjaya nnti ,aku baca balik blog ni aku akan ingat jasa family aku..huhuhu..xmau jadi Si Tanggang...amiin..


Ke hadapan my beloved family lebih specific lagi Generasi Yaacob & Esah (my grandparents),



Terima kasih banyak2 sebab da banyak berjasa kepada diri ini..xtau la nak balas macam mane jasa family ni..hanya Allah sajelah sebaik2 pemberi balasan..


Terase rindu plak kat Che aku(atok dlm bahase kelantan) yg dah pulang ke Rahmatullah..al fatiha..Che dan Mok(nenek) la yg pelihara aku mase kecik..sebab mase tu parents aku keje kat KL so dierang berdualah yg jaga aku..aku ni kuat nanges tau mase kecik..pastu kalo tido dlm buaian,aku xkan tido kalo buaian berhenti..kalo buaian bergerak aku tido..aisshh..kesian kat pakcik ngn makcik yg jage aku mase kecik...Mok sangat baik kepada aku begitu juga ngan Che..sayang gile aku kat dierang..dierang ibarat pengganti kepada ibu bapa aku..Tapi Allah lebih sayangkan Che ..Che pergi tinggalkan aku mase aku form 1..sedeh sangat2 mase tu..Mok tu aku sayang sangat2..dia la guru pertama dalam hidupku..tanpa Mok xdpt la aku bace al-quran seperti sekarang..pastu Mok ni sangat pemurah orangnye..xpernah lagi aku jumpe orang mace Mok..satu dalam sejuta..semoga Allah panjangkan umur Mok..amiin..sebab Amir masih perlukan Mok lagi..


Pastu aku nak berterima kasih jgak kat parents aku..iaitu En. Ruddi bin Mahmood dan Puan Laile binti Yaacob..tq so much sebab bersabar dalam mendidik dan membesarkan along..tanpa abah dan umi along xkan dapat capai cita2 along..along doakan abah dan umi  serta ahli keluarga yang lain dan kaum kerabat kita yang lain same2 dapat masuk syurga Allah ...Amiiin...



Terima kasih jugak along ucapkan kepada Che Ta,Moksu Nadiah,Poksu Be,Che Ti dan semua bapa saudara dan ibu saudaraku yang lain..kerana banyak membantu Amir dalam hidupnya..Che Ta tu macam ibu no 2 aku ...anak Che Ta tu ibarat adik beradik aku jgak..sebab aku kamcing gila ngn anak Che Ta yg bernama Ikhmarizal..kiterang berdua da macam adik beradik da..hahaha..pastu thankz gak kat Moksu Nadiah walaupun selalu buli aku mase kecik2 dulu...pastu die kantoi ngan Mok dan kene marah..hahaha..kalo die bace ni abes aku kene marah ni..kekekeke..Poksu Be pon baek gak ngan aku..selalu datang amek aku mase nak balik kg..pastu Poksu Be ni pasangan kembar kepada Moksu Nadiah and yg paling penting die xpernah buli aku tau..hehehe..tidak dilupakan jgak Pakdo Me(da meninggal),Ayah Di,Ayah Sir,Ayah Ji..tq sebab mase kecik tolong jagekan Amir..(ayah di dan ayah sir pon kembar jugak)


Last but not least,terima kasih jgak aku ucapkan kepada kawan2 aku yg slalu tolong aku..xkira la waktu susah ke..senang ke..tanpa korang sape la aku..especially Arber and Raja Amir..jasa korang xkan aku lupekan..yg x sebut name tu jangan la sede..ngeh ngeh ngeh ...letih tangan aku nak menaip semua name kawan2 aku..sampai pagi esok pon xhabes..hahahhaha..gurau je..jgan marah ea...




In conclusion,aku doakan korang sume berjaya di dunia dab akhirat..serta dimurahkan rezeki oleh Allah..doakan jugak supaya aku jadi Hamba Allah yg soleh..Amiiin...



p/s : lepas bace jangan terharu ye..xkuasa aku nak supply tisu kat korang..muahahahahah





Tuesday, August 25, 2015

OVERSEA VS LOCAL

Assalamualaikum



Hari ini aku dapat ilham nk cite pasal blaja universiti kat oversea atau belajar local..saje je nak kongsi pendapat aku ni..Nak terima ke tak pendapat aku ni tak kesah.Sume ade hujah masing2 kan..






Pada pendapat aku,kedua-duanya ade pros and cons..Bagi mereka yang nak sangat sambung belajar kat oversea teruskan la.Boleh tambah experience bak kata pepatah melayu "jauh perjalanan luas pemandangan ".Tetapi perlu diingat bahawa niat belajar kat oversea tu mestilah ikhlas kerana Allah dan untuk mengangkat Islam di mata dunia...jangan niat nk travel dan melancong je...sampai peringkat ada setengah orang tu "janji dapat fly".Jangan buat macam tu nanti menyesal di kemudian hari.




Sama la jugak bagi mereka yang memilih dan terpilih belajar kat Malaysia.Anda juga tidak terkecuali dari tanggungjawab ini.Belajar mesti ikhlas kerana Allah.Jangan niat habis belajar nak kerja,dapat gaji besar,kereta besar,rumah besar dan bini cantik.Kalau setakat itu sahaja mentaliti para pelajar khususnya pelajar muslim,maka tak kemana la hidup kita. Kelaut la jawabnya..




Ok..dah tau kan menuntut ilmu tu penting kan..so jom kita tajdid(memperbaharui) niat kita..Starting hari kita berubah ke arah yang lebih baik..Ambil yang jernih buang yang keruh..Tak gitu aok sume..hahaha..



Selain daripada itu,abang amir jugak nak pesan kat diri korang sume termasuk la sebagai peringatan kat diri abang amir sendiri...Jangan abaikan ilmu fardhu ain yang wajib atas setiap mukallaf mempelajarinya...Blaja ilmu dunia ni fardhu kifayah sperti ilmu kedoktoran ,ilmu matematik dan lain2 lagi..Sedang asyik kita mengejar dunia ni jangan dilupa akhirat sana yang pasti dan pasti akan datang..Biar kita jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat..Barulah ummmphhh..hahaha..




Sebagai kesimpulannya,tuntut la ilmu sungguh2..jangan main-main..smoga korang jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat..Aamiiin...




P/s : aku bukan ustaz ye..just sharing..kalo ade yg tak betul harap tegur la diri hamba ini..




Friday, August 21, 2015

Tips peperiksaan UPSR,PT3 & SPM


Assalamualaikum....


Hai kawan-kawan semua.Apa khabar?Harap2 korang semua sihat walafiat la gamaknya.Jangan dok "Hacuuuuum" la 2-3 hari nk jwb exam ni.Hingus tersembul kluar.Pergh.Skali tengok da macam tarzan bergayut da kat hidong.Hahahha.Gurau je.Jangn marah ea nnti cepat tua.Aku doakan korang semua dpt jwb exam elok2 dengn tips yg bakal aku kongsikan nnti.Ishhh lame betol aku membebel.hahahha.Takpe.Membebel tu tanda aku caring kat korang.Ceyh poyo gile ayat.



Buat rilek je exam ni xpyah nak gabra ngn takot sangat.Bukannye exam tu bleh makan orang.Cuma exam tu makan eraser kalo gune pensil pastu makan liquid paper kalo gune pen.Merapu je kerja aku ni.Tapi nasihat aku jangn tak risau plak ngan exam ni.Kalo tak risau langsung memang ko cari nahas la jawabnye.FAIL la jawabnye.Hahhaha.Lame plak korang tunggu nak dapat tips dari aku ni.Walaupun aku xsehebat dr fadzilah kamsah aku nk kongsi jugak ngn korang.Wekkk :P



OK.Ni tips2 dari abang amir yg poyo nk tiru dr fadzilah kamsah tu.Dr amir punye tips :)







1.Hablumminallah wa hablumminannaas(Hubungan dengan Allah dan Manusia)



Haa..adik2 yang nak jawab exam tu kewajipan kepada Allah Yang Maha Esa itu jangn dilupa.Solat jangan tak solat kerana solat itu tiang agama.Kan tok bilal azan tu die panggil "Hayya alal falaah".Marilah menuju kejayaan.Allah janji orang yg solat dengan smpurna dan mengikut solat Nabi Muhammad akan berjaya.So perbaiki la solat.Jangan duk solat macam ayam patuk beras.Amboii laju gile  tak sampai seminit da siap.Kalah usain bolt ni.Maka adik-adik jagalah solat.Yang ibadat lain yang wajib seperti puasa tu kena buat jugak dan kalo tertinggal kene la ganti.Jangan puase yangyok plak.


Masuk bab hubungan ngan manusia plak.Korang kene la respect ibu bapa korang terutama mummy korang tu.Jadi la anak yg soleh dan solehah.Tengok wajah ibu bapa pon da dapat pahala tau.Syurga kan bawah telapak kaki ibu so korang kene la berbakti kepada dierang.Jangan menengking dan meninggi suara ngn parents walaupon "AH!  /  ARGHHHH!  "  dan yg swaktu dengannya.Same jgak ngn kawan-kawan mintak maaf dan halal makan minum ngan dierang.Lu wajib baya lu punye hutang maa..kalo tak wa sengggat sama lu.Hahha..acah acah kl gengster plak.






2.Fokus dalam kelas sewaktu guru mengajar



Korang jangan tido plak mase tengah mengajar tu.Kang ade plak yg kene denda ngan cikgu plak.Hahahhaha.Mase kat kelas tu sebolehnya korang fahamkan betul-betul ape yang cikgu ajar.Kalo ade yang tak faham lepas abis kelas cepat-cepat tanya cikgu sampai faham.Kalo taj faham jugak amek kertas buku tu rebus pastuu minum.Hahahha.Gurau je.Jangan buat plak nnti aku plak yg masuk penjara.Huhuhuhu.S ebelom kelas bermula tu bace la doa dulu..ish2..tak sabar betol korang nk blaja..jngn baca doa makan plak..hahahha.







3.Ajar apa yang kita tahu kepada orang lain



Ni la tips yang power abang amir nak bagi.Ceyh walaupon aku jarang buat benda ni.Hehehehe.Dengan cara ni secara tak langsung korang akan ingat ape yg korang dah blaja.Inshaa allah melekat punye ilmu yg korang ajar tu.Tajde la last minute berhempas pulas memulas-mulas nak hafal sesuatu.






4.Beriadah


Part ni aku sendiri pon malas nk buat.Aku suka duk rileks je.hahahha.jangan tiru abang amir ye.Korang kene la rajinkan diri korang yg pemalas tu untuk bersukan dan beriadah.Budak laki kan minat bola.Asal tengok bola je "GOOAAAAAALLLL"..MINAT BOLA TAPI XBERSUKAN..hahhahaha..malu kokrang.meh nk kasi bende yang tak payah kuar duit.Korang JOGGING je..kang senang..kat mana-mana pon boleh kat taman kat padang sekolah dalam rumah pon boleh..hahaha..pastu buat tarian poco poco...ish3..sosial gila korang ni.







5.Tidur yang secukupnya



Tidur kene cukup maa..baru badan sihat maa..eh tetibe ckp cina plak..hahaha..nk jdi pelajar yg excellent dan mantop kene la cukup tido.Kang tak pasal-pasal hari exam korang tertidur dlm examination hall..menyesal tak habss la korang oiii..jadi macam kasim selamat..merapu je abang amir ko ni..tidur la 6-8 jam sehari..nnti esok bangun badan cergas otak pon cergas..pastu kite minum millo dulu..hahahha..jngn lupe tau minum air masak banyak-banyak ..kalo boleh bawak air masak ke sekolah..baru la oksigen sampai ke otak..dan yg paling penting 100 billion sel otak berhubung..hahahha..terpengaruh ngn iklan kat tv..ish2..sabo je la..



Alhamdulillah..siap jugak karangan dr amir yg poyo ni..mak aii..bapak panjang rasenye..hahahah.. nnti korang baca la betul-betul..dngn khusyuk tau





Bulan september ni upsr...pastu PT3..(X ingat bulan brape :P  )...bulan november SPM...gud luck uolls..iolls da lalui da sume ni..hahahhaha





Di kesempatan ini abang amir doakan kejayaan korang semua...amiiin...smoga korang dapat harumkan name MALAYSIA..







MALAYSIA BOLEH !!!!!!!!!!!!!!!!



P/S:  lepas bace tu jangan lupe bace blog ni lagi...jadi pembaca setia ye...nntikan entry yg akn dtg..inshaa allah





HAHAHHAHA..first entry...chau dulu..bye bye...selamat tinggal... ADIOSSS













Acute Coronary Syndrome (ACS) Mnemonic

Hai guys. 😁 Today I would like to teach about Acute Coronary Syndrome(ACS) which is a common topic to be mastered by medical students.❤️ I ...