Bismillahirrahmanirrohim.Alhamdulillah.Allahumma solli alaa muhammad wa alaa aali muhammad.
Di saat aku mengelamun panjang di kala malam bulan Ramadhan,terdetik di hatiku untuk membaca kalamullah.Tanpa disedari,memoriku mengimbau kembali rentetan peristiwa dan memori selama diri ini berkelana di bumi Pahang selama dua tahun untuk menuntut ilmu.Wajah Cikgu Mat Sabri terpancar dalam benak fikiranku setiap kali nama negeri Pahang disebut kerana telah aku anggap beliau sebagai ayah keduaku.Aku sangat merinduinya.
Orangnya sederhana tinggi,bertubuh tegak,rambut tersisir rapi,langkahnya laju dan yang paling penting tak lekang dari senyuman.Para pelajar baik yang nakal atau yang kecil dan besar sangat menyayangi dan menghormati beliau kerana sikapnya yang suka membantu orang yang memerlukan.Daripada beliaulah aku belajar erti menjadi seorang muslim yang bermanfaat kepada orang lain.
Aku teringat janji di Pahang.Janji tiga sahabat yang berjanji kerana Allah untuk menghafaz kalamullah yang Maha Mulia itu.Janji itu terbina kerana ukhuwah yang dibina ikhlas kerana Allah.Alhamdulillah,kami bertiga terpilih untuk memasuki Darul Quran(pusat hafazan Al-Quran di Selangor) yang didam-idamkan selama ini.Kegembiraan yang terbit di waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Namun,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatku.Hasratku untuk merealisasikan impian yang dibina itu tidak kesampaian atas sebab-sebab yang tertentu.Aku redha dengan takdir Ilahi dan percaya pasti ada hikmah disebaliknya.
Kedua-dua sahabatku itu telah berjaya menghafaz Al-Quran setelah berhempas pulas selama setahun setengah di Darul Quran.Aku pula mengalami kesulitan untuk menghafal Al-Quran kerana semangatku telah luntur ditelan masa dan diulit rasa sedih kerana hasratku tidak tercapai.
Namun,setelah memasuki Universiti Sains Islam Malaysia(USIM),semangatku yang hilang dibawa arus deras mulai tumbuh semula.Hatiku membara untuk menghafaz kembali.Di fakulti perubatan,aku dikelilingi rakan-rakan dari sekolah agama dan kebanyakan daripada mereka pula adalah hafiz dan hafizah.Aku begitu kagum dan menghormati mereka kerana di kaca mataku mereka semua bagaikan Al-Quran yang berjalan di alam ini.
Aku sangat selesa dan suka apabila teman-temanku yang bergelar hafiz menjadi imam ketika kami solat berjemaah.Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan suara mereka juga teramat merdu apabila hendak dibandingkan dengan suaraku yang sama seperti katak memanggil hujan.Walaupun mereka bergelar hafiz,namun mereka sangat tawadhuk dan merendah diri.Inilah keunikan USIM.Tiada di tempat lain.Hanya di USIM.
Di fakulti perubatan,seminggu sekali kami akan menghadiri kelas hafazan Al-Quran.Di sini,aku dapat melihat ramai teman-temanku yang laju hafalannya.Aku malu untuk bersama mereka tetapi di sudit kecil hatiku,aku amat berbangga mempunyai kawan-kawan yang bergelar Al-Hafiz.Mereka ibarat permata dari lautan dalam yang wajar digilap setiap hari.
Terkadang aku juga berasa malu dan kerdil di hadapan mereka kerana memikirkan ganjaran-ganjaran yang bakal Allah kurniakan buat para penghafal Al-Quran.Aku ini siapa?Sudahlah amalan soleh pun tiada bahkan setiap hari bergelumang dengan dosa.Aku juga mahu tergolong dalam golongan seperti mereka itu.
Sungguh banyak ganjaran dan kelebihan yang bakal diterima dan dinikmati oleh para penghafaz Al-Quran.Antaranya Allah akan memelihara jasad mereka daripada dimamah bumi,dapat memberi syaafaat kepada 10 ahli keluarga yang wajib masuk neraka dan Al-Quran bakal menjadi penolong mereka di akhirat kelak serta lain-lain lagi.Nabi Muhammad sollalahu alaihi wasallam dan para Sahabatnya juga turut menghafal Al-Quran.
Tetapi,bukan mudah untuk memperoleh ganjaran tersebut.Al-Quran bukan sekadar dihafal di mulut sahaja dan dibiarkan mereput di dalam kotak memori serta hilang dimamah usia.Al-Quran itu perlu diulang,ditadabbur,diamalkan dan seterusnya dizohirkan di dalam kehidupan seharian.Aku begitu takjub dengan Rasulullah sollalahu alaihi wasallam kerana Al-Quran adalah akhlak Baginda.Begitu juga generasi Sahabat dan para salafus soleh,mereka begitu mengagungkan Al-Quran.
Saudaraku sekalian,perlu diingat menghafal Al-Quran itu perlulah ikhlas kerana Allah.Tiada qasad selain kerana Ilahi.Bukan kerana mahu mendapatkan dan menggapai habuan duniawi semata-mata.Bukan juga mahu dijadikan imam di surau-surau,lesen atau tiket bagi memetik mawar berduri atau mendapat gelaran Al-Hafiz di belakang nama.
Tetapi tanggungjawab kalian menjaga hafalan,menghayatinya,mengamalkannya dan menterjemahkan Al-Quran itu ke dalam kehidupan seharian.Menghafal itu mudah tetapi mahu memelihara Al-Quran itu teramatlah payah.
Sahabatku Arif Solihin pernah berpesan kepadaku,apabila ditanya orang kepada kita adakah kita ini hafiz atau hafizah,maka jawablah :
"Saya bukan hafiz atau hafizah,cuma saya pernah menghafal Al-Quran".
Sahabatku mengatakan kepadaku bahawa gelaran Al-Hafiz itu hanya layak dimiliki orang yang betul-betul memelihara Al-Quran.Jiwaku tersentap dengan kata-katanya itu.Memang benar katanya itu kerana berapa ramai manusia pada zaman ini yang menghafal Al-Quran,tetapi sedikit sekali bilangan mereka yang betul-betul menjaga Al-Quran di dada mereka.Berdosa bagi mereka yang tidak menjaga hafalan Al-Quran dan dosanya sangatlah besar.
Saudaraku,jangan kalian bergembira bahawa Al-Quran itu boleh menjadi pembelamu bahkan Al-Quran jugalah yang akan menjadi pendakwamu di hari pembalasan kelak.Jangan begitu selesa dibuai mimpi yang lena di atas dunia yang fana ini.
Janganlah kalian menjadi orang yang disanjung di dunia kerana Al-Quran,tetapi di hari penghisaban kelak kalian dihumban oleh Allah ke dalam neraka kerana Al-Quran.Hal ini kerana mereka berbangga dengan Al-Quran yang mereka miliki dari segi tinggi ilmunya,sedap,merdu dan lunak suaranya ketika mengalunkan Al-Quran dan perbuatan ini mereka lakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk dan mendapat pujian dari manusia.
Sedikit pun tiada sifat ikhlas dan bertujuan untuk dipersembahkan kepada Allah Tuhan semesta alam.Maka dengan sebab inilah mereka dicampakkan ke dalam neraka Allah yang tidak terhingga pedih dan dahsyat azabnya.Takutlah kamu akan Allah kerana sebaik-baik bekal adalah taqwa.
Di kala menempuh ranjau-ranjau kehidupan di dunia yang sementara ini,berpegang teguhlah kalian dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.Nescaya kamu akan dibimbing oleh Allah ke jalan yang lurus kerana pada akhir zaman ini terlalu banyak fitnah yang mendatang.
Jadi,marilah sama-sama kita mencintai,menghayati dan mengamalkan Al-Quran.Jadikanlah Al-Quran sebagai teman dan sahabat karibmu.Aku berlindung kepada Allah di sepanjang penulisan ini daripada sifat riya',ujub dan takabbur.
Aku berpesan bukan kerana terlebih baik dari kamu semua tetapi ia sebagai peringatan juga buat diriku ini.Semoga Allah memberkati kita dan mengurniakan peluang untuk mengecap nikmat syurgaNya.Aamiiin.

No comments:
Post a Comment