Hai guys. Untuk penulisan kali ini, aku nak bercerita sikit berkenaan vaksin COVID 19. Haritu kecoh satu Malaysia ramai rakyat negeri Kelantan tidak hadir ke temu janji vaksin yang telah ditetapkan. (KLIK DISINI)
Setakat dari tarikh penulisan aku ini, seramai 12,267,350 sudah mendaftar untuk mengambil vaksin manakala seramai 2,011,455 orang telah divaksinasi.
Ayuh mendaftar untuk divaksin supaya Imuniti Kelompok(Herd Immunity) dapat dicapai. Sasaran Imuniti Kelompok ialah 80% populasi di Malaysia divaksinasi.
Apakah maksud vaksin?
Vaksin ialah satu bahan yang merangsang sistem imuniti badan seseorang individu untuk menghasilkan imuniti terhadap sesuatu penyakit dan melindungi mereka daripada penyakit tersebut. Vaksin kebiasaannya diberikan melalui suntikan jarum.
Pengenalan ringkas tentang vaksin
Antigen di dalam vaksin ini akan merangsang sistem imuniti di dalam tubuh kita.
Vaksin akan membantu badan kita untuk mengenalpasti kuman-kuman tertentu supaya badan kita bersedia apabila diserang kuman tersebut.
Kenapa kita perlu mengambil vaksin?
Kita perlu mengambil vaksin supaya Imuniti Kelompok dapat dicapai. Bakteria dan virus bagi sesuatu penyakit sukar untuk merebak di dalam masyarakat apabila sebahagian besar masyarakat telah divaksinasi.
Inilah yang dimaksudkan dengan Imuniti Kelompok (KLIK DISINI) dimana ia hanya boleh dicapai dengan liputan imunisasi yang tinggi. Imunisasi sangat penting kerana ia dapat melindungi individu, keluarga, masyarakat serta negara kita.
1.Pfizer-Biontech
Jenis: mRNA
Dos: 2
Keberkesanan: 95%
2.AstraZeneca
Jenis: adenovirus
Dos: 2
Keberkesanan: 70%
3.Sinovac
Jenis: virus tak teraktif SARS-CoV-2
Dos: 2
Keberkesanan: 50.38 - 91.25%, bergantung kepada klinikal trial
4.Sputnik V
Jenis: adenovirus
Dos: 2
Keberkesanan: 91.4%
5.CanSino Bio
Jenis: adenovirus
Dos: 1
Keberkesanan: 65.7% mencegah kes bersimptom, 90.98% dalam mencegah kes yang teruk
Jadi, vaksin manakah yang terbaik korang rasa?
Pada pendapat aku, semua vaksin ni bagus. Yang tak bagusnya ialah bila kita tak ambil vaksin langsung. So, korang tak payah duk sibuk-sibuk nak tunggu Pfizer la baru nak amek vaksin. Kalau peluang untuk amek vaksin da sampai, korang pergi cucuk la.
Vaksin terbaik bagi aku ialah vaksin yang sudah tersedia untuk korang. Kan senang gitu. Bak kata orang puteh " the best vaccine is the one that is available to you".
Selamatkah kita mengambil vaksin?
Ya. Setiap vaksin adalah selamat, berkesan dan stabil.
Adakah vaksin COVID 19 boleh diberi kepada individu yang pernah dijangkiti COVID 19?
Ya, ia boleh diberikan kepada individu yang telah sembuh dari jangkitan COVID 19.
Fasa program vaksinasi
Fasa 1: Februari - April 2021
Fasa 2: April - Ogos 2021
Fasa 3: Mei 2021 - Februari 2022
Kaedah pendaftaran vaksinasi
Korang boleh daftar melalui cara-cara dibawah :
1.MySejahtera
2. vaksincovid.gov.my
3. 1800-888-828
Satu lagi nak pesan, jangan percaya khabar angin yang korang dapat dari whatssap, facebook atau internet tau. Semak dulu fakta. Kita jangan la percaya bulat-bulat.
Kita kena jadi orang yang berhujah di atas fakta. Bukan sekadar dapat berita pasal penawar COVID19 dari whatssap terus percaya. Banyak tau laman web yang trusted lagi boleh dipercayai.
Kalau bab penyakit ni,kita kena tanya orang yang ahli. Contohnya doktor ke, Kementerian Kesihatan Malaysia ke. Aku harap sesiapa yang duk sebar berita palsu tu stop la sebar benda-benda yang boleh menggusarkan masyarakat. Marah jap. Hahahahha. Korang kena semak dulu berita tu betul ke tak. Gunakan konsep tabayyun. (KLIK DISINI)
Kalau korang nak tahu tentang vaksin dengan lebih lanjut, aku ada bagi link kat bawah ni untuk korang baca. Kerajaan da buat website tau. Mostly aku rujuk kat sini untuk penulisan aku. (KLIK DISINI)
Aku rasa sampai sini sahaja untuk posting kali ni. Harap korang semua dapat manfaat. Stay safe, stay at home.
Ayuh kita perangi COVID19. MALAYSIA BOLEH!!!!
Bye.....
Terbaik penulisan ni👍
ReplyDeleteTerima kasih, boleh komen untuk penambahbaikan lagi.
DeleteInfo yg bermanafaat.
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteTerbaik informasi ini. Sangat bermanfaat.
ReplyDeleteSetiap vaksin ada cara-cara dia sendiri utk wake up antibody system.
Ada yang sesuai utk ibu mengandung, dan sebagainya. Side effect pun berbeza-beza.
Terima kasih. Semoga informasi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Ya betul, vaksin berbeza-beza tetapi tujuan dia tetap sama. Semoga COVID19 dapat cepat dihapuskan dan rakyat Malaysia mampu menuju Imuniti Kelompok dengan segera.
Delete