Hai guys. Lama aku tak menulis sejak 2016. Huhuhu. Sekarang ni aku rasa aku nak start balik menulis. Da berhabuk blog aku tu.
Sekarang ni PKP 3.0 da start balik, so ada la masa nak menulis. 2 minggu kot duduk terperuk di rumah. Tambahan lagi aku punya studies as a final year medical student pon terhenti until further notice. Huhu. Satu semester je lagi aku nak grad. Umur da tua ni. Ni muka aku masa exam medikal sebelum PKP 3.0 start.
Korang stay at home tau, jangan merayau. Stay safe. Risau plak aku tengok kes Covid 19 kat Malaysia. Paling tinggi kes Covid 19 pada 29 Mei 2021, 9020 kes. Nauzubillah. Aku doakan Malaysia dan seluruh dunia di jauhkan dari Covid 19. Harap-harap Malaysia dapat kembali seperti sedia kala macam dulu. Nak melancong,nak makan kat luar,nak tengok wayang, nak bersukan dan nak buat semua benda la yamg tak boleh buat masa Covid 19 ni.
Alang-alang aku da menulis pasal Covid 19 ni, meh aku share sedikit sebanyak berkenaan Covid 19.
Apa itu Covid 19?
COVID 19 ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh spesis baru coronavirus. "CO" ialah singkatan kepada corona, "VI" ialah virus dan "D" ialah disease(penyakit). Virus corona ni adalah dari keluarga yang sama dengan penyakit SARS(Severe Acute Respiratory Syndrome).
Apakah simptom Covid 19?
Antara simptom penyakit ini ialah demam, batuk dan sesak nafas. Lebih teruk lagi penyakit ini boleh menyebabkan pneumonia dan masalah pernafasan malahan boleh meragut nyawa.
Siapakah yang berisiko tinggi?
Mereka yang berisiko tinggi adalah golongan seperti warga tua dan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit jantung.
Bagaimanakah cara untuk kita mencegah Covid 19?
Pertama: Lakukan Saringan
Kedua: Kuarantin diri
Ketiga: Memakai topeng muka
Keempat: Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’
Kelima: Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah
Keenam: Jaga jarak 1 meter
Banyak jugak kan cara nak cegah covid19 ni. Hahahahha. Satu lagi, jangan lupa tau daftar vaksin kat aplikasi MySejahtera. Korang tak payah memilih sangat nak cucuk vaksin ni. "The best vaccine is the one that is available to you."Ni ramai duk kata nak tunggu vaksin Pfizer la, taknak ambil AstraZaneca la. Korang cucuk je mana-mana vaksin. Takyah memilih sangat okay. Semua vaksin bagus.
Pastu sekarang kan ramai duk buat palatao vaksin ni agenda Yahudi la, Teori Konspirasi la, New World Order la. Haishhh. Macam-macam rakyat Malaysia ni.
Meh nak bagitau hukum amek vaksin ni. Pelajar medik USIM diajar bukan setakat ilmu perubatan je tau. Kiterang pon kene amek tau pasal hukum hakam dalam perubatan. Bak kata lecturer kiterang, Integration of Aqli and Naqli. (KLIK DISINI)
*Saja nak tunjuk fakulti tempat aku belajar, baru je siap ni heeee*
Hukum vaksin ni adalah harus.
Pengambilan Vaksin Covid-19 : Hukum dan Permasalahannya. (KLIK DISINI) untuk korang download .
Kalo korang bak baca lebih lanjut, aku da letak link kat atas tu.
Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kenalah patuh pada arahan Kerajaan Malaysia.
Akhir kalam, marilah kita bersama mencegah Covid 19. Aku nak raya Aidilfitri macam dulu-dulu tau. Nak jumpa sanak saudara. Korang pon nak kan. Huhuhu.
Bye semua. Terima kasih sudi membaca. Korang semua kene amek tahu tau pasal Covid 19 dan baca jugak hukum hakam vaksin ni. Kene tahu tu. Barulah jadi Muslim yang berjaya. Heeee.
See ya.
No comments:
Post a Comment