Hai guys.
Apa khabar semua? Harap sihat semuanya ye. Stay safe, stay at home.
Hari ini aku nak bercerita berkenaan pengalaman belajar di FPSK USIM.
Alang-alang aku kebosanan duduk rumah masa PKP 3.0 ni, aku nak berkongsi sedikit apa itu MBBS USIM, berapa subjek kiterang belajar dan lain- lain lagi.
Harap dengan posting ini korang faham la sedikit sebanyak apa yang medical student belajar dan dapat bayangkan pengalaman belajar di FPSK USIM.
Aku ada tulis berkenaan Pengalaman belajar di FPSK USIM Part 1: FPSK Kampus Pandan Indah sebelum ini dan kalau korang tak baca lagi Part 1, silakan baca ye.
Pengenalan
Program ijazah yang aku ikuti di FPSK USIM ialah Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri(MBBS). Macam mana nak masuk MBBS USIM ni?
Untuk masuk MBBS USIM, korang kene masuk Tamhidi USIM dulu. Tamhidi ni macam asasi di bawah kelolaan USIM. Syarat nak masuk Tamhidi USIM ni korang mestilah dari sekolah aliran agama dan belajar bahasa Arab. Aku dulu pelajar Tamhidi Perubatan dan bila da lepas ujian akhir Tamhidi, Alhamdulillah diterima masuk ke FPSK.
Berapa lama belajar medik di USIM?
Untuk pengetahuan korang, aku belajar medik di USIM selama 7 tahun. Yes, 7 tahun. Lama kan. 7 tahun tu merangkumi 1 tahun tamhidi + 6 tahun ijazah. Fuh, sekarang da final year, tinggal 1 semester je lagi nak habis. Doakan aku berjaya lulus dengan cemerlang. Amiin.
6 tahun ijazah tu belajar apa?
6 tahun ijazah = 3 year preclinical + 3 years clinical
Kat bawah ni aku akan terangkan serba sedikit berkenaan apa yang kiterang belajar selama 6 tahun.
SUBJEK FPSK USIM
Preklinikal (3 tahun) : maksudnya just belajar theory kat fakulti je, tak masuk hospital lagi
Year 1: 3 core subjects(Anatomy, Physiology,Biochemistry)
Year 2: sama macam subjek Year 1
*Hujung Year 2 kiterang akan hadapi 1st Professional Exam
Year 3: 5 core subjects(Pharmacology,Pathology,Microbiology, Parasitology,Community Health)
*Hujung Year 3 akan hadapi 2nd Professional Exam
*Total: 8 core subjects in 3 years
Klinikal(3 years) : attachment di hospital + classes + seminars+ bedside teaching
Hospital kiterang buat attachement: Hospital Ampang, HOSHAS(2 ni main hospital)
Others: Hospital Port Dickson
Year 4: Internal Medicine, Surgery, O&G, Community Health, Forensic
Year 5: Psychiatry, ENT, Opthalmology, Paediatrics, Orthopaedics, General Practitioner(GP)
Year 6: Emergency Medicine, Anaesthesiology, ulang balik balik Internal Medicine, Surgery, Paediatrics, O&G, Orthopaedics
*Then barula FINAL PROFESSIONAL EXAM
Other subject FPSK USIM sepanjang 6 tahun :
Hafazan Quran, English, Bahasa Arab, Usul Fiqh, Research Methodology, History of Medicine, Critical Thinking, Entrepreneurship,Kitab Turath,Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara dan lain-lain lagi
*Aku pon da tak ingat sebab banyak sangat hahahahha
Berkenaan exam, setiap semester akan ada exam. Kalau professional exam, kalau kita fail kita takk boleh proceed ke next year. Professional exam ni mimpi ngeri bagi medical student. Huhuhu.
Alhamdulillah setakat ni aku masih lulus semua exam dan professional exam. Doakan kejayaan aku untuk Final Professional Exam nanti. Takut. For Final Proffesional Exam, selagi tak lulus selagi tu la tak boleh nak graduate.
Aku ni da belajar sampai mana?
For your information, Alhamdulillah currently aku in Year 6. Satu semester je lagi nak habis. Semuanya postponed sebab COVID19. Huhuhu.
Tunggu kerajaan benarkan pelajar universiti balik ke universiti barula aku boleh sambung balik pengajian aku. Berdebar-berdebar ni nak hadapi Final Professional Exam.
Aku rasa setakat ni dahulu perkongsian aku pada kali ini. Harap korang semua dapat rough idea macam mana medical student belajar.
Akuu doakan semua student di Malaysia yang hadapi kesusahan waktu belajar di musim pandemik COVID19 dipermudahkan urusan pembelajaran korang. Amiin. Kita boleh hadapi pandemik ini. Jangan putus asa okay. Belajar sungguh-sungguh.
"Every cloud has a silver lining"
Nantikan sambungan Part 3 ye.
See ya.