Friday, June 4, 2021

Pengalaman belajar di FPSK USIM Part 1: FPSK Kampus Pandan Indah

Hai guys. 



Apa khabar semua?






Harini aku nak share sikit pengalaman aku belajar MBBS kat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan(FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). (KLIK DISINI)






FPSK tu apa sebenarnya?



FPSK ni tempat pelajar medik USIM belajar. FPSK ni ialah fakulti kiterang pelajar medik la kiranya. Asalnya, FPSK ni terletak di Pandan Indah. Tapi bila bangunan FPSK yang baru siap dibina, kiterang pindah ke Nilai yang berdekatan dengan kampus induk USIM.



Untuk kali ini, aku akan ceritakan dulu pasal FPSK kampus Pandan Indah. FPSK kampus Nilai aku akan tulis dalam next posting tau. Stay tune.





Lokasi FPSK Kampus Pandan Indah




Kalo korang nak tahu, FPSK kampus Pandan Indah sewa bangunan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Bangunan FPSK bermula dari tingkat 9 hingga ke tingkat 14.Kiranya korang kene naik lif la nak kalau nak melawat FPSK. 





Tempat menarik di FPSK Pandan Indah



Yang menariknya, kat level bawah bangunan FPSK tu ada Giant, Guardian dan macam-kedai seperti kedai handphone, emas, dan kedai makan. Serba lengkap tau kat sini. Makanan pon sedap-sedap. Plus kat bawah tu ada Domino's Pizza. Jarang-jarang sekali aku lepak kat Domino's Pizza sebab mahal en. Kalau ada duit lebih boleh la lepak.





Plus kat bawah tu ada kedai nasi kukus sedap dan murah. Kedai Nasi Kukus Pok Nik namanya. Ni port lepak favourite pelajar FPSK USIM dan lecturer USIM. Siap bagi harga student lagi tau, dah la murah dan sedap pulak tu. Terima kasih Pok Nik ,semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Sebut je Nasi Kukus Pok Nik, semua student FPSK kenal.



Kalau kat Giant plak, pelajar FPSK suka lepak dan makan kat Kedai Uncle Jack. Fuh, teringat set nasi dengan ayam goreng dia. Sedap weh. Aku selalu beli nasi Uncle Jack plus karipap Uncle Jack. Serius sedap, besar dan mengenyangkan karipap dia. Bukan karipap inti oksigen tau. Inti ubi, penuh plak tu. Memang berbaloi. Selain itu, kat Giant tu jugak la kiterang selalu beli barang-barang macam susu, maggi, sayur-sayuran,barang-barang mandi dan lain-lain lagi. 





*aku selalu beli set nasi ayam Uncle Jack ni, ayam dua ketul ๐Ÿ˜‹



Asrama FPSK Kampus Pandan Indah




Part ni yang best. Masa kiterang jadi pelajar preklinikal(belum masuk hospital), kiterang tinggal kat Kondominium Glenview Villa kat Kampung Cheras Baru. Fuh, kondominim tu memang superb. Cukup lengkap. Dalam rumah ada tv, sofa, peti ais dan rumah pon luas. Memang selesa dan kondusif la untuk pelajar belajar. Kat kondominium ni ada kolam renang tau. Kiterang kalo bosan-bosan selalu jugak mandi kat kolam tu. Bukan biasa-biasa tau. Memang best duduk kat Glenview ni. Plus, ada gym jugak kat kondominium ni. Semua serba lengkap.






 Kat kondominium ni biasanya dalam 7-8 orang student akan duduk dan campur la antara senior dan junior. Boleh berkenalan dan merapatkan ukhuwah antara junior dan junior.


*Aku baju biru yang selfie tu,yang buat mulut hodoh
*Yang lain senior dan kawan-kawan 
Dari kanan:
1st row:Aman,Adib
2nd row:Syahrul,Akmal,Izzat,Asyraf Amir,Aqil
3rd row: Amirul Asyraf,Aleemul


Masa duduk kat Hlenview, banyak aktiviti yang kiterang buat. Contohnya, pergi main futsal ramai-ramai untuk merapatkan ukhuwah. Kaki bangku pon takpe asalkan turun main je. Janji berpeluh supaya badan sihat.


*Faiz aka Sheikh Kuning,legend main pakai kain pelikat๐Ÿ˜‚



Masjid Al-Azim Pandan Indah






Waktu belajar dulu, setiap hari Jumaat kiterang selalu solat Jumaat kat Masjid Al-Azim. Masjid dia luas,bersih dan part yang bestnya kalo datang awal dapat makanan free. Kadang-kadang ada nasi berlauk,mee goreng,bihun goreng, air kotak,pisang dan macam-macam kuih. Lepas tu, sekitar perkarangan masjid tu banyak gerai jualan sementara menunggu masjid. Aku selalu lepak kedai cendol. Sedap. Kalau makan sebelum Jumaat, memang tido la jawabnya masa Khatib berkhutbah.






Masjid Saadah Kampung Cheras Baru




Masjid ni student FPSK selalu pergi untuk solat lima waktu sebab dekat dengan kondominium Glenview. Jalan kaki je, around 5 minit da sampai. Kalau malas naik je motorsikal, bonceng dengan kawan. Masjid ni sangat meriah masa bulan Ramadhan sebab setiap hari ada majlis berbuka puasa dan pihak masjid sangat mengalu-alukan pelajar USIM. Sebulan Ramadhan tu, memang jimat duit sebab tak payah beli makanan berbuka. Pergi berbuka dekat masjid je. Rindu nak berpuasa Ramadhan dekat masjid ni sebab banyak kenangan manis.




Aku rasa sampai disini sahaja perkongsian untuk kali ini. Aku akan sambung plak pengalaman belajar di FPSK USIM pada part 2 kalau ada kesempatan. Stay tune.




Kalau ada apa-apa yang nak aku ceritakan tentang life as a medical student di FPSK USIM, korang comment kat ruangan komen tau.



See ya!










No comments:

Post a Comment

Acute Coronary Syndrome (ACS) Mnemonic

Hai guys. ๐Ÿ˜ Today I would like to teach about Acute Coronary Syndrome(ACS) which is a common topic to be mastered by medical students.❤️ I ...