Thursday, June 10, 2021

Apakah maksud Nilai R/R-naught/R0/R value?



Hai guys.


Apa khabar semua? Aku harap semua orang sihat dan kekal kuarantin diri di rumah masing-masing. Jangan lupa memakai facemask jika keluar di khalayak ramai.


Sebelum ini, aku ada menulis berkenaan vaksin COVID19 di Malaysia. Kalau korang belum baca lagi berkenaan posting tersebut, jangan lepaskan peluang untuk baca ye.


Harini aku nak berkongsi sedikit berkenaan terma-terma yang digunakan sepanjang pandemik COVID19. Korang tentu pernah dengar nilai R atau R naught semasa pandemik ni kan. Aku akan ceritakan secara ringkas berkenaan hal ini dan berharap korang akan mendapat manfaat darinya.



Apakah maksud nilai R?


Nilai R bermaksud kebolehjangkitan satu kes positif kepada individu lain dalam tempoh kebolehjangkitan.


Untuk lebih memahami nilai R, aku akan berikan satu contoh yang mudah difahami. Jika nilai R yang diberi ialah 2.2, ia bermaksud 10 kes positif boleh menjangkiti 22 individu lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Secara mudahnya, semakin tinggi nilai R, semakin ramai orang akan dijangkiti COVID 19. Menakutkan bukan?



Pentingkah kita mengetahui nilai R?



Ya, sangat penting. Nilai R digunakan untuk meramal berapa orang akan mendapat jangkitan. Semakin tinggi nilai R, semakin ramai individu yang akan mendapat jangkitan.


Pada 9 Jun 2021, nilai R untuk seluruh Malaysia adalah 0.94.



Kesimpulannya, aku berharap rakyat Malaysia mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID19. Kita mestilah mengamalkan norma baharu pada era pandemik ini supaya wabak ini dapat berakhir satu hari nanti. Kita mahu kembali menjalani kehidupan seperti dahulu di mana wabak COVID19 tidak wujud.



Akhir sekali, aku harap perkongsian kali ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat dan semoga kita semua lebih cakna berkenaan COVID19. 



Terima kasih semua. Semoga kita berjumpa lagi dalam tulisan aku yang seterusnya. Stay at home, stay safe.



See ya.







No comments:

Post a Comment

Acute Coronary Syndrome (ACS) Mnemonic

Hai guys. 😁 Today I would like to teach about Acute Coronary Syndrome(ACS) which is a common topic to be mastered by medical students.❤️ I ...