Apa khabar semua? Semoga sihat sejahtera dan ceria selalu. Stay at home, stay safe.
Mesti korang bosan kan waktu PKP 3.0 ni. Sebelum COVID19, kita semua boleh pergi melancong untuk release stress.
Harini aku nak berkongsi beberapa senaman atau exercise yang percuma boleh korang lakukan tanpa mengeluarkan duit.
Di bawah ini adalah 5 senaman yang aku suggest korang buat dan cuba.
1. Jogging
Ya, jogging. Bunyi macam biasa dengar kan. Jogging merupakan satu senaman yang sudah terkenal dalam kalangan masyarakat.
Ianya mudah, ringkas dan tidak memerlukan apa-apa peralatan untuk dilakukan. Jogging juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Untuk jogging, korang hanya perlukan sepasang kasut larian sahaja dan korang boleh mula jogging.
Antara kebaikan jogging ialah ia dapat membakar kalori badan korang dengan cepat. Jogging merupakan senaman kardio yang paling popular dalam kalangan ahli sukan.
Jika dilakukan dengan cara dan teknik yang betul, ia dapat mengurangkan berat badan kita. Dengan syarat, kita mestilah konsisten melakukannya.
Selain itu, jogging juga dapat menguatkan tulang kita. Apabila kita jogging, lama kelamaan tulang kita akan menjadi mampat dan bertambah kuat serta dapat mengelakkan kecederaan di masa hadapan.
Malahan, jogging juga dapat meningkatkan stamina badan. Apabila stamina badan kita meningkat, kita akan berasa lebih segar dan tidak cepat letih apabila melakukan aktiviti atau bersukan.
2.Skipping
Skipping antara senaman mudah yang korang boleh lakukan. Kalau korang tak suka jogging, skipping antara salah satu alternatif yang sangat baik untuk menggantikannya.
Korang hanya perlukan tali skipping sahaja untuk bersenam. Pelbagai jenis teknik skipping yang wujud pada zaman ini.
Bila korang dah advanced dan pandai lakukan skipping, boleh la rujuk kepada teknik-teknik lain yang lebih mencabar.
Antara kelebihan skipping, ia merupakan senaman kardio yang tidak kurang hebat seperti jogging. Ia dapat membakar kalori dengan cepat. Jika dilakukan secara konsisten, skipping juga dapat memecahkan lemak-lemak di perut dan menurunkan berat badan.
Malah, skipping juga bagus untuk menguatkan otot betis serta tulang anda. Kalau korang sakit lutut, jangan teruskan skipping tau. Takut-takut membawa kepada kecederaan.
3.Berjalan kaki
Ya, berjalan juga merupakan senaman yang bagus kalau korang tidak mampu melakukan dua senaman yang di atas.
Berjalan kaki sangat senang bahkan semua orang mampu melakukannya.
"Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih"
Jikalau korang susah untuk bersenam kerana sakit lutut atau berbadan besar, berjalan kaki merupakan satu pilihan lain yang boleh dilakukan untuk permulaan.
Apabila korang telah mula biasa dengan berjalan, korang boleh meningkatkan jarak jalan kaki tersebut. Contohnya, 2 minggu pertama sejauh 1 km, korang boleh tingkatkan jarak berjalan kaki kepada 2 km pada minggu seterusnya. Hal ini bergantung kepada keupayaan korang.
Antara kelebihan berjalan kaki, ia dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Kita digalakkan untuk berjalan kaki sekurang-kurangnya 10 ribu langkah sehari untuk kekal sihat.
Selain itu, berjalan kaki juga dapat meningkatkan peredaran darah badan kita. Bahkan, ia dapat menguatkan otot-otot badan kita dan dapat memperbaiki corak tidur kita menjadi lebih baik.
Mudah bukan?
4.Jumping jack (Lompat bintang)
Antara senaman mudah yang boleh dilakukan seterusnya ialah jumping jack atau dikenali juga sebagai lompat bintang.
Korang boleh melakukannya dengan sangat mudah dan di mana-mana sahaja. Bahkan korang boleh melakukan jumping jack di dalam bilik atau rumah sendiri.
Contohnya, jumping jack boleh dilakukan sebanyak 3 set. 1 set mengandungi 10 kali jumping jack.
Setelah sempurna satu set, rehat selama 2 minit dan lakukan set seterusnya dan rehat seperti tadi.
Antara kelebihan jumping jack, ia dapst meningkatkan kadar denyutan jantung dan merupakan salah satu senaman kardio yang bagus. Ia juga dapat mengeluarkan peluh serta sangat mencabar bagi orang yang tidak biasa melakukannya.
Ia juga dapat mengaktifkan otot bahagian atas dan bawah badan kita. Bahkan dapat menguatkan tulang kita menjadi lebih kuat dan mampat.
Jumping jack juga dapat memperbaiki kadar mobiliti kita apabila dilakukan dengan kerap.
5.Squat
Yang terakhir adalah squat. Squat merupakan satu senaman yang tidak asing lagi dalam kalangan atlet.
Ianya sangat nudah dilakukan dan banyak kelebihannya. Antara kelebihan squat ialah dapat meningkatkan otot abdomen kita. Apabila otot abdomen kuat, kita dapat melakukan pelbagai senaman bahkan dapat bersukan dengan baik.
Squat juga dapat menguatkan otot-otot bahagian bawah badan kita seperti otot peha, punggung dan kaki. Bila kerap melakukan squat, otot bahagian bawah kita akan menjadi lebih kuat dan dapat meningkatkan prestasi sukan kita.
Bahkan squat juga dapat membakar kalori badan kita. Ianya sangat bagus dilakukan dan akan membuat kita berpeluh dengan banyak. Kalau tak percaya, jumpa lakukan 10 squat sebanyak 5 set.
Korang suka tak dengan 5 senaman mudah dia atas? Kalau suka, boleh la mula melakukannya kerana terdapat banyak kebaikan apabila kita bersenam.
Amalkan gaya hidup sihat, ambil diet yang seimbang dan jaga kesihatan mental anda. Kesihatan adalah satu nikmat yang terbesar Tuhan berikan kepada manusia. Oleh itu, jagalah ia sebaik yang mungkin.
Untuk menjadi insan yang sihat mudah sahaja bukan, yang susahnya apabila kita banyak berdalih dan memberi alasan.
Ayuh kita bersenam untuk kesihatan.
Aku rasa sampai disini sahaja perkongsian pada kali ini. Harap korang dapat banyak manfaat ya.
Jangan lupa nantikan posting seterusnya.
See ya.
No comments:
Post a Comment