Monday, June 21, 2021

Review Buku "40 Kisah Palsu tetapi Masyhur yang disandarkan pada Agama"



Hai guys.

Apa khabar semua. Aku harap korang semua sihat dan bahagia selalu.

Alang-alang aku bosan waktu PKP 3.0 haritu, ada la terlintas nak baca buku agama. Nak tambah ilmu agama tapi tak tahu nak baca buku apa dan taknak la baca benda-benda yang berat.

Aku terjumpa la satu buku yang menarik perhatian iaitu "40 Kisah Palsu tetapi Masyhur yang disandarkan pada Agama" yang ditulis oleh Mustafar Mohd Suki.


Buku ni aku beli dari shoppe je.

Kat bawah ni aku bagi link shoppe tu kalau korang berminat nak beli buku ini.

*Aku tak dapat bayaran tau review buku ni, review ikhlas je ni

Baca tajuk pun aku dah tertarik sebab kena dengan minat aku taknak baca buku genre yang berat.


Bilangan muka surat buku ni pun tak banyak iaitu sebanyak 192 muka surat. Aku baca dalam masa seminggu je dah boleh habis.

Ada 40 kisah masyhur yang tersebar dalam masyarakat kita yang kita sangka selama ini benar tetapi tidak sebenarnya.

Kat bawah ini aku tunjukkan senarai 40 kisah yang ada dalam buku ini. 


Dari perspektif pandangan aku, gaya penulisan buku ini tidak terlalu susah untuk difahami oleh orang awam. Kebanyakan istilah yang digunakan pun kita sudah faham seperti hadis sahih, hadis dhoif(lemah) dan hadis palsu.

Aku syorkan buku ini dimiliki oleh semua lapisan masyarakat bermula dari pendakwah agama sampai la kepada orang awam yang tidak bersekolah agama sekalipun sebab mesej yang nak disampaikan sangat mudah difahami.

Buku ini juga patut dijadikan sebagai bahan bacaan seharian kita untuk memudahkan kita mengingati kisah-kisah yang tidak sahih. Andai kata terdengar kisah-kisah tidak sahih, pasti kita dapat mengenalnya bukan?

Pada bahagian awal buku ini, penulis ada menerangkan berkenaan hadith maudu', kisah Israiliyat, kesan kisah ini kepada masyarakat dan bagaimana kaedah memperbaikinya.

Pada bahagian kedua, penulis buku ini akan membawa kisah masyhur di awal penulisannya dan kemudian akan diterangkan kepada kita sama ada kisah atau hadis Nabi Muhammad SAW tersebut itu sahih ataupun tidak. 

Penulis juga menyajikan kepada kita pandangan ulama-ulama muktabar berkenaan status kisah yang berlegar dalam kalangan masyarakat kita.

Ada banyak kisah yang masyhur yang tersebar dalam masyarakat kita tetapi cerita atau hadis tersebut tidak sahih seperti Nabi kunyah makanan 40 kali, Payung Emas buat wanita, Talak menggoncangkan Arasy Allah SWT dan banyak lagi.

Masa baca tu terkejut jugak la sebab selama ni aku duk ingat kisah-kisah yang tersebar tu betul. Rupa-rupanya tidak sahih. Huhuhu.

Menarik bukan?

Oleh itu, aku syorkan korang untuk baca buku ini kerana kita dapat menambah ilmu pengetahuan berkenaan kisah tidak sahih dan mengelakkan diri kita menyebarkan kisah palsu kepada orang ramai.

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita banyak menyebarkan kisah tidak benar yang disandarkan atas nama Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya amat berat dosa orang yang menyebarkan sesuatu dengan menggunakan nama Nabi Muhammad SAW.

Di bawah ini aku sertakan petikan dari buku ini berkenaan larangan menyampaikan setiap hadis tanpa mengkaji terlebih dahulu.


Aku harap perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Doakan aku rajin untuk review lebih banyak lagi buku di masa hadapan.

Nantikan posting aku yang seterusnya ye.

See ya.



No comments:

Post a Comment

Acute Coronary Syndrome (ACS) Mnemonic

Hai guys. 😁 Today I would like to teach about Acute Coronary Syndrome(ACS) which is a common topic to be mastered by medical students.❤️ I ...