Tuesday, June 15, 2021

Pengalaman Mengecat Rumah di Musim PKP 3.0 COVID19



Hai guys.


Apa khabar semua? Harapnya korang semua sihat selalu. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan tau di musim COVID19 ni. Stay safe, stay at home.


Masa PKP 3.0 haritu, aku ada la sedikit idea nak mencantikkan rumah parents aku. Nak buat rumah baru memang tak boleh la, belajar pon tak habis lagi, duit pon takde. Sedih kan. 


Jadi, aku terfikir la untuk cat rumah parents aku bagi ceria dan lawa sikit. Kita buat apa yang mampu sahaja. Ada sedikit kita bagi sedikit. Jangan pernah berkira untuk melakukan kebaikan walaupun ia sekecil apa pun.


Untuk cat keseluruhan rumah aku, termasuk luar dan dalam, kos yang dibelanjakan lebih kurang RM 500 ++. Bagi aku, untuk simple makeover macam ni RM500 tu takde la mahal sangat. Berbaloi. Parents pon happy. Aku pon happy. Hihihihihi.


Bahan-bahan yang digunakan untuk cat rumah :

1.Cat rumah(Seamaster)
2.Berus kecil
3.Paint brush roller
4.Paint tray
5.Paint thinner
6.Sellotape


Kos RM500++ tu kos cat sendiri tau. Aku cat dengan adik beradik aku. Tak upah pekerja. Kalau korang nak upah orang lain tolong catkan rumah, mungkin akan jadi harga lain termasuk dengan upah.


Susah ke cat rumah?


Mengikut pengalaman aku, takdela susah sangat nak cat rumah ni. Aku pon first time cat rumah ni. Ni pertama kali tau aku cat rumah. Tak pernah lagi cat mana-mana dinding atau rumah sebelum ni.


Nak cakap betapa senangnya cat rumah ni, adik perempuan aku yang berumur 16 dan 18 tahun pon tolong cat rumah sekali. Senang kan. Orang perempuan pon boleh cat rumah, apatah lagi orang lelaki.


Cumanya satu je la, cat rumah ni lenguh bahu dan tangan sikit bila buat lama-lama. Tapi korang tak payah risau, sambil-sambil mengecat tu rasa lenguh tu makin berkurang bila korang da biasa.


Sambil mengecat tu, boleh minum milo ais ke, sirap ais ke, barula rasa segar. Kalau letih cepat-cepat pergi minum air, lepas tu sambung balik mengecat tu.


Lama ke proses mengecat rumah?


Mengikut pengalaman aku, proses mengecat tu tak lama sangat kalau buat ramai-ramai. Kalau cat sorang-sorang, yes, memang lama.


Personally, bagi aku kalau mengecat bahagian dalam rumah lebih lama berbanding cat luar rumah.


Kenapa?


Sebab kalau cat bahagian dalam rumah,kita kena kemas dulu barang-barang macam almari,meja, karpet dan lain-lain lagi. Bab mengemas ni la yang makan masa. Aku sakit badan kot kemas barang-barang dalam rumah. Almari tu berat nak mati. Hahahahha.


Masa cat bahagian dalam rumah haritu, aku start pukul 11 pagi. Campur kemas barang-barang dalam rumah, pukul 8 malam baru siap cat bahagian dalam.


9 jam tau mengecat bahagian dalam rumah. Lama sangat. Aku pon terasa penatnya. Malam tu aku terus tidur awal lepas isya sebab penat sangat.


Masa cat bahagian luar rumah, aku start pukul 10 pagi. Siap cat semua dalam pukul 5 petang. Dalam 7 jam jugak tau. Lama jugak. Tapi okay la, sebab aku cat dengan pertolongan adik-beradik aku. 


Apa perasaan lepas cat rumah?


Mestila aku rasa happy dan puas hati. Sebab apa? Sebab rasa macam masuk rumah baru. Hahahahha.


Terkejut jugak tengok rumah berubah jadi lawa. Dulu rasa sempit dan tak lawa, tapi lepas cat terus nampak cantik.


Warna yang kita pilih pon mempengaruhi mood kita. Kalau korang nak cat rumah, pilih la warna yang menenangkan dan bagi rumah nampak luas. Baru feeling duk dalam rumah.


Kat bawah ni aku ada sertakan gambar hasil mengecat waktu PKP 3.0. Hehehehe.


*SEBELUM

*luar rumah

*dalam rumah
*almari ni berat nak mampus😂


*SELEPAS

*luar rumah

*dalam rumah

*dalam rumah


Aku rasa sampai disini sahaja dahulu perkongsian aku pada kali ini. Harap korang semua dapat ambil info yang bermanfaat dari blog aku.


Nantikan posting aku yang seterusnya ya. Terima kasih kerana menyokong blog aku ini.


See ya.






2 comments:

  1. mantap la amir
    sejak bila tulis blog ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha, da lama. Cuma baru ada masa nak update. Thank you

      Delete

Acute Coronary Syndrome (ACS) Mnemonic

Hai guys. 😁 Today I would like to teach about Acute Coronary Syndrome(ACS) which is a common topic to be mastered by medical students.❤️ I ...